Friday, November 19, 2010

Jeng-Jeng-Jengg...
hehe..poyo je lebih kan,
ok2..mls ckp byk g..Jue nk umumkan pemenang ni..
en.Nazrin dh pilih 2 pemenang tuk GA aritu..
pening gak tgk en.Nazrin nk pilih entry best..sbbnya sume pn best2..
tp,akhirnya dia pilih jugak..tuk entry yg dia suka..hehe

so, pemenangnya bg entry yg paling en.Nazrin suka adalah....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
zahidah dihaz


dan tuk cabutan bertuah..pemenangnya adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

~dYaHaHa~

tahniah pada yang menang..yg xmenang tu jgn la sedih2 ye..
insyallah, nnti Jue buat GA or contest lg ye..
pada pemenang..sila emailkan nama, alamat dan no fon kt email Jue ye..
muffins_jue@yahoo.com


psst: akhirnya settle jugak..heee

Thursday, November 18, 2010

~Sorry....~

pic ni dicilok dr gugel..heee


salam..
salam Aidiladha buat semua..
Jue mintak ampun maap pada semua yg join GA Jue aritu sbb smpai skrg masih lum umumkan pemenangnya..
maap sgt2 ye semua..
sebabnya Jue dh plan nk umum sblm ari raya haji aritu kn..akan tetapi masa mmg agak tidak mengizinkan..huhu..gpun br mlm td smpai dr kampung..penat pn lum ilang g..arini dh stat keje..agak kelam kabut sikit..huuu
mmg sibuk tahap gaban sblm raya aritu..maklum la nk cuti kn,so..keje mmg byk la yg perlu disettlekan..ni pn curi2 time bekpes pagi tuk post entry ni..huhu..

ampun ye..pemenangnya pn en.Nazrin lum pilih g..doa2 la harap korang bertuah..hehe
insyallah..mlm ni Jue akan paksa en.nazrin pilih k..semua keputusan Jue serah kat dia..sbb dia sendiri yg nk pilih n3 yg dia suka..lagi senang keje Jue..hehe

harap korang sabar menunggu ye...insyallah,malam ni or esok Jue umumkan pemenangnya..harap2 en.Nazrin ada mood mlm ni..huhu,

psst: maapkan kami ye..

Wednesday, November 10, 2010

TAMAT sudah...


Alhamdulillah...Tamat Sudah...
akhirnya TeNtANg sESeORaNg 1st GiveAway telah berakhir..
mcm lama je kan..xsabar2 nk tunggu result..
Jue pulak yg mcm excited terlebih..hehe

insyallah pasni Jue buat GA or contest lagi k..
tapi mgkin pasni xnk buat lama2 dh..
bosan menunggu kan..
hehe

ok, dgn ni Jue nk ucapkan Gud Luck kat semua yang telah join..
sabar menunggu result ye..nnti Jue senaraikan nama semua yang join dlm next n3..


psst: walaupun GA telah berakhir..harap2 kita tetap boleh berkawan ye semua.. :))

~TeNtANg sESeORaNg 1st GiveAway~

Sticky Mode...Untuk Entry Baru Sila Scroll Down... ^____~

ok,seperti yg Jue dh inform dlm entry sblm ni..
sempena Jue bakal menjadi seorang ibu insyallah..
Jue dgn ini nak buat 1st GA dr TeNtANg sESeORaNg..

syarat2nya adalah spt berikut..

1) Anda mestilah seorang blogger dan ada blog sendiri...
2) mesti menjadi Follower TeNtANg sESeORaNg dan add TeNtANg sESeORaNg dlm Blog List anda..
3) Buat satu entry tentang GA ni..
4) Tajuk entry mesti " TeNtANg sESeORaNg 1st GiveAway"
5) Copy and paste banner GA ni kat entry dan sidebar beserta link ke blog ni..
6) Tag 2 orang kwn dan pastikan kwn anda tahu yg dia di tag..
7) tinggalkan link comment anda di entry ini untuk Jue jenguk nanti..

Jue mencari seorang pemenang bertuah dan seorang pemenang bg entry terbaik..jadi, sila la wish sempena berita gembira Jue tu ye..hehee..mana tahu entry anda buat Jue terharu..huhu

Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah yg akan dicabut oleh en.nazrin..dan entry terbaik akan dipilih oleh Jue sendiri...akan ada 2 pemenang ok..kalo rmai yg join Jue akan tambah pemenang dan hadiah..hadiah Jue akan update kemudian ye..sbb tgh memilih hadiah yg best2 ni.. :)

GA akan berakhir pada 10 November 2010..

Buat permulaan Jue tag S.A.E dan MAMA ADAM..



psst: moga mendapat sambutan.. :)

Tuesday, November 9, 2010

IKEA Meatballs



owhh...
sangat teringin nak mkn IKEA punya meatballs ni..
dh lama xmakan..ni mmg teringin tahap xleh buat ape dh ni..
camne pn kena dapat mkn gak..macam nk arini je..huhu
en.Nazrin..boleh x kita p mkn mlm ni..saya sangat teringin..
cmni la kot rasanya org yg mengidam time peknen..agaknya la..
sbb rasa nk mkn tu mmg xdapat dibendung lagi..dr td duk gugel..aduhh..
nak jugak!!!
en.Nazrin..saya nak makan IKEA Meatballs malam ni...boleh x?

psst: mmg mengidam tahap meleleh air liur dh ni..huhu

update nama peserta GA

salam semua..
sori sgt pada sume yg join GA sbb lambat terjah entry korang..
Jue balik kampung cuti Deepavali aritu..
pastu malas lak nk buat entry siap2..mmg xde mood sgt..
arini pn amik masa dr pagi smpai skrg baru sudah terjah sume..
ok,ni Jue list kan nama2 korang yg jue dah terjah..
kalo ada sesapa yg nama dia xde sila gtau Jue cepat ye..
mana la tahu kot2 ada yg tertinggal..




1) Nana
2) ekinashikin
3) kakngah
4) Black_roses92
5) inasepi
6) rosilah
7) ~dYaHaHa~
8) zuera
9) Cute MuM
10) aMyErInAiMiE
11) Yanti Isa
12) fideila
13) Nieylicio Kerolicio
14) fatin hanani
15) Honey
16) impian dulena
17) ♥♥Muslimah Vouge♥♥
18) Anne
19) Wan_hazel
20) yaya
21) Cahaya
22) Sae
23) Aishah Megahasz
24) cha
25) Ibu Ayra
26) Memo_Hazel
27) syakila
28) aanie
29) azieda razak
30) Nad @ MamaZakwan
31) Akma
32) DaiADellas
33) sarah
34) d_LA
35) 'NuReeN'
36) zahidah dihaz
37) anin
38) mien
39) ytekecik
40) Fatin a.k.a. Aten
41) nurkaloi
42) syaqira
43) Nour Eyza
44) Nora Adel
45) bukudiarysofea
46) Cik Liyana
47) mRa
48) Nor Nadia Syakila binti Jamal
49) Momma Mia
50) nurezzat
51) S@hB@Nu-BaNuu
52) Huda
53) cikanna
54) Imaan09
55) anamizu
56) -✿ Ayu ✿-
57) leeza
58) SyAmSuL AnUaR
59) Mimiey.. (^-^)
60) hasny yanti
61) senandung hatiku
62) syira qahira
63) (One) SiTi*
64) [ Krafaina ]
65) LYA m@m@ ASYA
66) nadiah
67) cik gha
68) inahasan
69) ♥CuteMummy ♥
70) EraWaTiE
71) Qard91
72) SoFiaHB


psst: TQ pada yang join..cepat2..ada 1 hari je lagi pada yg lum join..

Tuesday, November 2, 2010

Ni Dia Hadiah GA

salam..
alhamdulillah..Jue dh semakin sihat..cuma tetiba lak dpt batuk2..huhu

masih ada 2 ari lagi GA Jue ni sebelum ditutup dan Jue umumkan pemenang..jadi pada sesapa yg nak join cepat2 ye..
ni jue nk share hadiah yg bakal pemenang tu dapat..ni hadiah utama je tau..rasa2 mcm nk tambah g..tp tgk la cmne nnti ye..

ni la hadiah yg xseberapa dr Jue pada bakal2 peemenang nanti..

One Drop Perfume
ada yg 4botol dan ada yg 8 botol :))



nanti Jue akan update list nama korang yg Join GA ni k
thanks semua...muahhh!!

psst: suka x hadiah2 tu..kalau ada rezeki lebih..jue akan tambah lg hadiah tu ye.. :))

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Jue jumpa kisah ni dari fesbuk salah sorang kawan Jue..tetiba teringin nk baca..memang sedih sgt..mengalir airmata Jue kt dpn pc ni..dh la kt opis..sib baik xde org perasan..Jue xtahu asalnya kisah ni dari mana dan siapa..tp Jue mohon izin ngan tuan punya untuk share untuk dijadikan ingatan dan iktibar pada diri Jue dan jugak semua..

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)



psst: Ya Allah..jauhkan lah Jue dari sifat2 amarah yg sebegitu..amin..

Monday, November 1, 2010

Attention Please...!!!


huhu..mcm gempak je kn..poyo je lebih..jgn marah ar..
Jue nk gtau yg Jue nk pendekkan tempoh GA Jue tu..
sebabnya, 13hb tu Jue dh sibuk2 nk balik kampung for Hari Raya Haji..
bkn ape, tkut xsempat lak nk pilih dan umumkan pemenang..takut kelam kabut je..
gpun kt kampung xde tenet..almaklumlah, Jue guna Streamyx..xleh bwk sana-sini..heee :))

jadi dgn ni Jue umumkan tarikh tutup baru bagi
TeNtANg sESeORaNg 1st GiveAway adalah pada..
10hb November 2010 tepat pukul 2.00ptg

insyallah..pemenang akan Jue umumkan plg awl mlm 10hb atau paling lewat esoknya..
jadi, pada sesapa yg lum join tu..cepat2 ye..ada 10hari lg ni..
hadiahnya Jue update dlm n3 seterusnya k..tunggu...

psst: mcm xsabar lak nk umumkan pemenang..heee

My Follower..

salam n mornink sume..
sihat ke? Jue xbape sihat la..aritu en.Nazrin yg demam skrg ni turn Jue la pulak..
br stat sakit tekak+sesema..huhu..sgt xsuke bila sesema..sbb naik ke kepala..mula ar pening..
tp semangat bkerja masih kuat..jadi disini la Jue berada skrg..di opisku..huhu

ok,balik ke topik asal..pjg sgt mukadimahnya..hehe..skrg mmg krg mood utk apdate blog..
malas tahap gaban..huhu..tp syg punya pasal kna update gak :))

Alhamdulillah..pagi ni bukak je blog..tgk2 Jue punya Follower dh 100 org..suke suki sgt..thanks pada sume my Follower ye..time kasih sgt sbb sudi follow Jue..walaupun follow sbb cukupkan syarat tuk join GA..Jue terima dgn sng hati..moga kita sentiasa boleh berkawan, bkn hanya disebabkan GA.. :))

kepada 100 Follower tu..ai sayang uols lebih la..kui3..

ala..kocik la pulak pic nya..huhu

psst: mgkin pada sesetgh org, 100 tu nilai yg biasa..tp pd Jue ngan blog kecik ni..ia satu nilai yg amat besar..TQ all.. :))

Thursday, October 28, 2010

" CUTEST BABY CONTEST " bersama Sinar Raudah...


salam..
Jue join contest dari SINAR RAUDAH
walaupun baby Jue masih duk dlm peyot ni..Jue nk join jugak
sbb cik penganjur ckp leh join gak kalo guna pic anak sedara..iaitu anak adik Jue :)

so, Jue dgn ni mempersembahkan budak bolat dari terengganu...
tadaaa....

Nama : Siti Nurfakira Ayani Binti Abdul Jamal
Umur : 1 Tahun 9 Hari
Nama Mak Dia : Nor Zlina Binti Ali
Nama Mak Long Dia : Jurayati Binti Ali (ai la tu..)


haa..amacam?bolat kan?hehe..geram betol ngan budak bolat ni..tiap kali Jue balik kampung..
kompom2 dia mangsa Jue yang pertama..hahaha

Jom join ramai2..sbb syarat dia xkisah anak sape asalkan mintak izin ngan tuan punya anak tu dulu.. :)
nak join klik banner atau SINI..

psst: mmg rindu sgt nk membuli bdk bolat tu..tunggu la raya Haji ni..kompem! =P

Alhamdulillah..TQ Nuff :)

salam..
ape kabar sume..Jue sihat Alhamdulillah..
cuma Jue en.Nazrin je yg demam agak teruk semalam..
tp harini alhamdulillah..dh ok..dh p keje pn..huhu

ok2..setelah agak lama tidak mecoretkan sesuatu disini..Jue kembali lagi..
dan niat arini nk marathon join GA or contest yg Jue kena tag..insyallah..
mesti rajin today..hehe

Walaupun dh beberapa hari xupdate blog,tapi berkat dr rajin BW tu alhamdulillah..
larling Nuff masih cayang kat Jue..sbb dia bagi Jue 2 BE baru..suke2..
mmg best!! TQ larling..i cayang u lebih la...ahaks!!
(en.Nazrin sila jgn jeles dgn statement ini ye..kui3x...)

ini la dia BE baru tu..TQ to Pizza Hut dan Bank Islam.. :))

kami lagi..mempromotekan diri dlm n3 ni..hehe


psst: harus lah menghepykan diri sendiri kan.. :)

Monday, October 25, 2010

Mood None Adooo...




Salam semua..

sori kalo Jue xde balas korang punya BW ye..latest story pn dh beberapa hari xupdate..
mmg xde mood sgt untuk menulis dan bercerita..
tapi Jue ada jugak jenguk2 blog..cuma ntahla,mmg xde mood nk tinggalkan jejak..
sori ye...
entry2 untuk GA yg Jue belum terjah tu pn Jue pn mintak maap sgt2..
nanti Jue terjah k..

Yang buat xde mood tu bkn ape, 2-3 hari ni badannya sakit2..lenguh2..tambah lak ngan pening2..
adoii..mmg mood tu non ado la jawabnya..

tapi, walau cmne pn, insyallah...Jue mesti update jugak blog kecik Jue ni..nnti Jue update hadiah untuk GA Jue tu ye...tunggu...

pic tiada kaitan dgn n3..huhu

psst: simpton2 awal ibu mengandung..sabar ye Jue..baru nk bermula ni..huhu

Thursday, October 21, 2010

~Menang Lagi..Alhamdulillah~

Alhamdulillah..
Jue menang contest yg amat sempoi..
iaitu contest teka gambar dari Cik Wanie..

Jue kna teka gambar ni la tadi..
rmai gak yg teka betol..
tapi en.Random.org pilih Jue lak untuk menang..tq sangat2..


psst: rezeki baby kot..heee

Wednesday, October 20, 2010

Sample Free Dari Libresse

salam..

arini Jue sgt kemaruk blogwalking ok..
jejalan petang hari..tgh jalan2 tu kan..Jue jmpa la satu entry citer pasal sample percuma libresse yg dia dh dapat..tp sayang la, xingat dh ape nama blog dia..huhu

Jue pn bukak la link yg that gurl bagi..tadaa..


mmg best kat sini..isi form je..nnti dlm 3-4 minggu dieorang akan anto sample tu kt korang..
nak tak??hahhhhhh..kalo nak klik SINI.. :)
tak sabar nak tunggu cmne la rupanya Libresse ni kan?heee.. ;)

psst: credit utk that gurl.. :)

ATIE : MY 1ST GIVEAWAY


salam..
Jue join GA lagi
nak join klik SINI..

jom la rmai2..

psst: tgh kemaruk blogwalking ni..tu yg asik jumpa GA je tu..heee

Tuesday, October 19, 2010

Anugerah Blogger Harapan


wahh..jue dapat award dr MAMA ADAM..
hepinya..ni baru award ke-3 yg Jue dapat sepanjang berjinak2 dgn dunia blog ni..
sgt suke + terharu + nak lompat2 katak je rasa..tp xleh..peyot kna jaga..xleh lasak2..hehe

ok2, terimalah ucapan dr seorang pemenang anugerah..

.......Alhamdulillah..terima kasih pada suami, en.Nazrin..yg banyak menyokong Jue dlm menghabiskan sedikit masa(sikit ker???..heee) setiap hari pada Tentang Seseorang ni..mgkin anugerah ni adalah rezeki baby pertama kami..syukur..dgn anugerah ni..sy berjanji akan terus menjadi blogger yg setia di alam maya ni..sekian, muahhhhh!!! heee............

....kenapa suka 'Memori Orang Muda'?....
baru 1st time jenguk blog tu..xknl sgt ngan tuan punya nya..tp macam cerita Orang Muda tu ada..nak tahu jom jenguk SINI...

....reaksi selepas dapat award ni....
terkejut..xsangka dapat anugerah blogger harapan..harapan tu...hehee

....pass award kepada....
SAE
AKMA

psst: last dapat anugerah masa dapat 4A upsr dulu2..heee

Monday, October 18, 2010

Imaan Dah Setahun Giveaway


Jue join GA lagi..
nk join klik SINI..

*******************************
Selamat Hari Lahir si Tomey IMAAN.. Semoga IMAAN membesar menjadi Anak Yang Soleha..Berbakti Pada Ibu Bapa.. Berjaya Dalam Hidup..Dimurahkan Rezeki..Dipanjangkan Usia.. Hidup Diberkati..Bahagia dDI Dunia Dan Di Akhirat.. Amin Ya RAbbal Alamin...

due date: 22 October 2010

psst: Join di saat akhir..

1st GA Dari NUSHA


Salam..
Jue kna tag by MAMA ADAM..
so, kna la join GA anjuran NUSHA..
nak join klik banner or SINI..

due date: 08 Nov 2010

Jom join rmai2.. :)
lagi rmai join..lg byk hadiah Nusha bagi..hehe

Jue tag:
SAE & MA


psst: cute je banner GA Nusha tu ye..hehe

1st Time Dapat Lucky Draw



salam..
Alhamdulillah..syukur skali lagi..
xsangka Jue bertuah mng lucky draw by Doodle Design..
dpt 2nd Prize..huhu..1st time ni mng dlm dunia blog..
mgkin rezeki jadi mom kot..huhu

psst: tahniah tuk diri sendiri..heee

Sunday, October 17, 2010

1st Hotz~Mama.. Cabutan Amat Bertuah

Entry melekat hingga 23 October..turun bawah untuk entry baru.. :)

1 set perfume dari Imtiyaaz Aroma fr Yusof & Zulaika
berserta tas tangan exclusive dari SyazLurve Couture Collection

Jue join Lucky Draw anjuran Hotz Mama ni..
sape2 nk join boleh klik SINI..

  1. Anda adalah seorang blogger (means kena ada blog sendiri naa)
  2. Menetap di Malaysia, x kisah la kt Semenanjung, Sabah n Sarawak
  3. Pastu, Copy Paste jer entry nie, letak kt entri korg, wajib buat entry secara Sticky POst kt blog masing2..(Toturial camna nk buat sticky post leh study ktSINI)..
  4. sorg leh join satu entry ja taaaaauu..
  5. LEpas siap jer entri korg, korg komen jer entry nie, pastu jgn lupa letak link entry tu skali ek..
  6. Akhir skali.. jgn lupa jadik follower mummy..
  7. Tarikh tutup Lucky draw nie 23 Oct 2010 (nie tarikh utk sticky korg ek, nnt lepas tarikh nie, korg leh buang dah date tu
  8. Nanti mummy akan pilih pemenang guna menda INI

psst: susahnya nk bertuah..huhu

~1st GiveAway~

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah dgn berita gembira yg Jue terima smlm..
Berita yg Jue dan en.Nazrin tunggu2..beritanya adalah...jeng3..mcm suspen je kan..hehe...
Jue gonna be a mom!!!!
Jue sgt hepy dan excited bila Jue tahu..dh nangis2 dh..mcm xcaya pn ada..tapi itu la hakikatnya..insyallah..semoga semua selamat dan berjalan spt yg Jue dan en.nazrin ingini..amin..
Bersempena dgn berita gembira tu, Jue dgn ni nak buat GA yg pertama dr TeNtANg sESeORaNg..harap2 mendapat sambutan..1st time buat ni..walaupun blog ni dh setahun lebih usianya, tapi Jue baru je aktif kembali dgn dunia blog ni tahun ni..so, kwn pn masih xramai..harap2 rmai la yg nk join ye..
Entry untuk GA tu akan menyusul slps ni..bila2 masa saje..so, nantikan ye...

psst: Alhamdulillah, syukur..Terima kasih Ya Allah..KAU makbulkan doa hambaMU ini..

Friday, October 15, 2010

~Selamat Pagi Dunia~



Salam dan Slmt pagi semua..
Mulakan hari anda dgn senyuman...

Jue tgh breakfast milo + cekodok pisang je ni..hehe
harap hari ini berlalu seperti yg diinginkan..
xmo tensen2..lalalalala...

psst: mood tgh baek punya..hehe

Thursday, October 14, 2010

1st GA or 1st Contest

hati ni mmg teringin sgt nk appreciate kawan2 blogger di alam maya ni..bila tanya pendapat en.Nazrin dia ckp xbest buat GA..dia ckp lg best buat contest..sbb boleh pilih n nilai sendiri..boleh tahu jugak kekreatifan seseorg tu..so, mereka dihargai krn mereka kreaftif dan ikhlas join contest kita..kalo GA kita just pilih random atau main cabut nama je..bergantung pada tuah..sape yg bertuah org tu la yg dpt..betol jugak kn??hehe

memang niat tu sudah ada..cuma tggu masa saja..xtahu lg bila..yg pasti mgkin dlm masa terdekat ni..tunggguuuu...hehe
lagipun semalam Jue dh godek2 satu bilik kat umah yg Jue jadikan store simpan segala brg2 kami yg xbape nak guna dan untuk diguna pada masa dpn..hohohoho

hadiah dari kwn2 masa kawen aritu berlambak lg yg x diusik...one drop perfumed masa en.Nazrin gatal nk berbisnes dulu pun berkotak2 lg..keronsang yg en.Nazrin gatal nk jual dulu pn ada beberapa pasang lg yg xterjual..yg pasti barang2 tu semua masih elok+cantik+berguna..dan yg penting Jue belum guna..hehe

so, boleh la dijadikan gift tuk kwn2 Jue yg join nantik...tapi tula, nak buat GA ke Contest ni..buntu..buntu...huhuu

gambar sekadar hiasan...ngeee

psst: sape ada cadangan sila angkat tangan..Jue tgh pening ni..kang xpasal buat 22..GA n Contest..amik ko!!

GA kiszydolls

Jue Join GA lagi by KISZ..
cik kisz ni sgt berbakat ye kwn2..
tgk plushies2 yg dihasilkan..sgt cute..
suka Jue tgk..
mcm2 bentuk n kaler yg ada..
kalau nk join GA ni boleh klik SINI ye..

due date: 10 Dec 2010
sbb Jue ada baby lagi Jue pilih kategori 3


psst: alala..tomey nya yg telingan panjang tu..sape nama ye?heeee

Wednesday, October 13, 2010

Puding Cocktail Berkuah versi Jue :)

uishh...panas betol beberapa arini..mlm2 pn sama..pas mandi pn boleh berpeluh lg..kipas siap level plg tinggi tu..pn xdpt rasa sejuknya..aircond keta pn sama..dh seminggu rasanya xujan kat area Jue ni..pemanasan global kot..heee..

bila panas cmni..tetiba je Jue teringat kat puding yg Jue buat aritu..rasa2nya masih ada kt peti ais kt umah..disebabkan Jue kt opis skrg..jadi niat nk rasa tu terpaksalah ditangguhkan hingga ptg nanti..hehe

Puding Cocktail Berkuah ni hasil tangan sendiri..kebetulan buat aritu sbb nk ke umah kak ipar Jue..so, byk jugak la buat..pas2 ke umah ipar duai..bkn slalu pn..Jom la jamu mata Puding Coacktail Berkuah versi Jue di petang hari yg panas ini...hehehe




psst: ABC or Ais Cendol pn best gak panas2 cmni kann...???

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!


Jue join GA by Nad@Mama Zakwan
nak join klik HERE..

due date: 03 Nov 2010

Jom join..beg2 yg sgt canteekkk itu mungkin untuk anda..

psst: Saya Nak Beg2 Itu!!!!!!!!!!!!

Tuesday, October 12, 2010

FAFAFO 1st giveaway


Jue join GA by FAFAFO..
Sila ke Blog FAFAFO untuk join ok..

apa yg menarik perhatian Jue 1st time Jue singgah sini adalah headernya ini...
so cute..Jue suka sgt..mmg menarik kn..nmpk kekreaftifannya di situ.. :)

dan yg lain apalagi kalo bukan ciptaan kreaftif yg mmg cute sgt2..antaranya..

Brooch
Hairclip

Hairband

Handmade Card

Name Card

Package pn ada..usha kat SINI k..

Scrunchies cmni pn ada..mmg cantik..

semua cantik2..penuh dgn warna2 ceria..hehe


psst: warna2 ceria untuk kanak2 riang..utk ibu kanak2 pn ok jugak...hehe

1st Year Give Away Qistina


Jue Join this GA
nak join klik SINI..
Jue tag s.a.e dan Yong dan sape2 je yg nk join...heee
**********
Epy 1st Besday Qistina..
Moga Panjang Umur..Bahagia Dan Diberkati di Dunia dan Akhirat..

psst: Join GA lagi.. ;P

Dapat BE lagi..tq Nuffnang :)


Alhamdulillah...
Last Jue check Jue punya BE minggu lepas baru dapat 3..
Tapi arini tgk dh lekat lg 2 BE..syukur sgt2..mgkin berkat blogwalking 2-3 menjak ni..hehe
tapi TeNtANg sESeORaNg ni blog kecik..xleh lawan blog2 besar n femes tu..Follower pn xramai..huhu
skrg Jue pn masih blajar untuk up traffic Jue kasi tinggi skit..ada sape2 leh tlg ajarkan x?hehe..
rasa2 mcm nk buat 1st GA..mgkin dgn cara ni blh upkan traffic kan..bg hadiah grand2 skit..mesti ramai yg join..hehe

psst: tq Nuffnang..luv u..muahhh! ;)

Monday, October 11, 2010

Cik Anita Songeh Giveaway

Jue join Lucky Draw lagi..
by Cik Anita Songeh
Nak join klik SINI..

due date: 30 Oct 2010

Jom ramai2 memeriahkan suasana...
Jue tag untuk
s.a.e dan Akma
jgn mare ar...hehe

psst: Jom join Lucky Draw lak..

Give Away Nazz@Purple


Jue join GA oleh Nazz..
nk join sila la ke Blog Nazz..hee
due date: 12 Nov 2010
Jom Join ramai2..

psst: Jom Join GA Jom!!

Roti Paratha + Sambal Sardin =p


Salam n Samat Pagi sume..
arini Jue rasa mcm xbape sihat je..sakit2 badan..kepala pun mcm pening2 je..
dh beberapa ari xupdate blog..bknnya xon9 tp malas nk update..
lg pun hujung minggu aritu sibuk skit la..mentua Jue dtg, abg ipar buat kenduri..so, sepanjang ari sbtu tu kt umah sana la..tolong apa yg patut..

Jumaat mlm mentua tido umah kami,so esoknya breakfast xtahu nk masak ape..disebabkan ada roti paratha segera je kt peti ais tu..maka itulah juadah di pagi sabtu kami..berserta dgn sambal sardin n tea o panas..mmg mabeles...hehe



psst: dh lama xpekena smbal sardin..menjilat jari kott..heee