Thursday, August 1, 2013

Pureen Stock Clearance Promotion (August 2013)


Assalamualaikum


# pernah pergi sekali je, lum masuk lagi dh tengok lautan manusia tengah tunggu..huh, xsanggup nk bersesak2..zassss, trus cabut dari situ..huhu 

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan Give Away

GIVE AWAY
Kain Pasang- Batik Canting berharga rm130

 Saguhati untuk 5 orang
Top referral akan menerima surprise present!

??


tamat: 31/07/2013

Hanya Kerana Sedekah 10 Sen. Allahu Rabbi!

Assalamualaikum


“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.
“Satu RM14.90 kak” jawabnya.
“ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.
“Ambillah dik akak sedekah sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.
Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan.
Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku, “kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan”.
Salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.
“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya.” Dia memberitahu
“Hmm Bolehlah dik, bungkus dua”, kata ku.
Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
“Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak”. Terpana aku seketika, Alhamdullillah rezeki bisik hatiku.
Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan ia dibayar tunai. Subhanallah…Alhamdullillah… Nikmat apa yang hendak didustakan lagi?
Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya” (Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah ini umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan Lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di Akhirat iaitu;
5 kebaikan di dunia
  1. Menyucikan harta
  2. Menyucikan badan
  3. Menolak bala dan penyakit
  4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
  5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
Manakala 5 kebaikan di Akhirat pula ialah :
  1. DinaungkanAllah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
  2. Ringan hisabnya
  3. Berat timbangannya (amalan) diakhirat
  4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
  5. Bertambah darjatnya di dalam syurga Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :
“Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah. Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang.
Sesungguhnya bersedekah itu indah, ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.
sumber: iluvislam.com
# Copy paste dari fuh.my

Monday, July 29, 2013

Peanut Barley Candy


jajan raya yang besttt

nak order boleh email Jue
muffins_jue@yahoo.com

atau boleh PM kat SINI

AWAS!! Penipuan Kad Bank Yang Perlu Anda Tahu!

Assalamualaikum
Sharing is caring..hehe :)


AWAS!! Penipuan Kad Bank Yang Perlu Anda Tahu! | Untuk semua pembaca, just nk SHARE apa yang berlaku pada saya tempohari.
Waktu : 10.30pg
Panggilan : Dari PRIVATE NUMBER
PERBUALAN PUN BERMULA..
Scammer : selamat pagi boleh bercakap dgn en. xxxx ?
Saya : Ye sy bercakap, siapa ni?
Scammer : Maaf kerana mengganggu…..saya buat panggilan daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad yang sedang encik gunakan.
Saya: Bank mana yea?
Scammer : Saya daripada pusat panggilan mayxxx di putrajaya, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank yang encik sedang gunakan.
Saya: Oh ok
Scammer : Baik..encik masih lagi menggunakan kad ini ye?
Saya: ye sy…
Scammer : dah brapa lama ia digunakan?
Saya: Hampir 10 tahun…
Scammer: Ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Saya: ye btol…
Scammer : boleh en lengkapkan no 8 terakhir
( AWAS…JANGAN SESEKALI BERI NO KAD ANDA KEPADA ORANG YG TIDAK DI KENALI )
Saya : Nak buat apa yea??
Scammer : Saya nk buat pengesahan yang awk ni pemegang kad berkenaan.
Saya : (putar sket kapla dier) Okay.. dari bank kan?? boleh beri butiran diri saya x?
Scammer : Kami tidak mempunyai butiran peribadi anda kerana ianya melanggar hak pengguna.
Saya : Kata dari bank, takkan tak tau butiran saya, xpayah susah² , beri nama ibu saya sahaja.
Scammer : Akaun encik akan di terminate jika tidak memberi kerjasama
Saya : Okay sila terminate.
Scammer : &%*&@(*(@&^%@ (makian hamun di berikan)
INGAT… JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN BUTIRAN KAD ANDA, TERUTAMA SEKALI 3 DIGIT DI BELAKANG TU.. SEBAB SINDIKET BOLEH MEMBUAT PEMBAYARAN MELALUI KAD ANDA (DEBIT/ KREDIT)
SHARE UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA.. BERHATI² SELALU.
Dipetik dari page fb gempak.org
SUMBER: SINI

#ishhh..takut lak dengar, tu yang kadang2 kalo dapat call dari no yg nmpak mcm pelik, sori la..Jue xkan answer call tu..huhu

Thursday, July 25, 2013

MENU BERBUKA 15RAMADHAN 1434H

Assalamualaikum

Semalam Jue balik tengok en.Nazrin dh sampai rumah..siap ambil Alisha dari school pun..
semalam mungkin mood rajin dia datang kot, hee..dari luar rumah semerbak dah bau kari..huhu
sah2..en.Nazrin tengah masak ni...Alhamdulillah, bertuah saya dapat suami macam kamu en.Nazrin..
sayang ketat2 lah..hihi

so, ni je la lauk berbuka kami semalam..Alhamdulillah..

sayur campur + tempe n kentang bilis + kari ikan


yang ni memang peberet ni tau..xde lauk lain pn xpe..makan ngan nasi panas2..wallahhh

yang ni special dari en.Nazrin, dia masak dgn penuh kasih syg, sampai pekat sgt2 kuah kari ni..dh macam kari mamak dh..hehe, tq ye en.Nazrin..sedap sgt2..

# Ampun ye, pagi2 dh tayang gambar makanan..huhu