Saturday, August 28, 2010

~Anak Derhaka~

Salam semua..

beberapa hari lepas Jue de terjumpa link ni kt Fesbuk..sedih Jue tgk video tu..rasa nak lempang je anak yg kurang ajar cmtu..mmg menyakitkan hati..
_________________________________________________________________________




Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan.

Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wanita tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka. Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian. Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu.

Orang ramai yang menyaksikan drama ‘anak derhaka’ berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu di laman sosial, Facebook. Ia bertajuk ‘Kami benci pompuan gemuk dan suami dia yang maki mak dia di pusat komersial’

________________________________________________________________________

Ya allah..apa lah dosa si ibu hingga dia sanggup buat ibu dia sampai cmtu..dia lupa ke yang kalau tiada ibu dia, matahari pun dia tidak akan lihat? Ingat, kita cuma ada seorang sahaja ibu di dunia ini. Jangan sampai apabila ibu sudah tiada, barulah kita hendak menangis...meraung menyesal dosa yang kita dah buat..Semoga 'anak derhaka' ini mendapat balasan yang sewajarnya..marilah kita sama2 ambil iktibar daripada apa yg dah berlaku..iktibar untuk semua..untuk diri Jue juga..


psst: Rindu sgt2 kt mak saya..sejak kawin lum balik kg lagi..huhu, nntikan kepulangan anakmu ari raya nnti mak...luv u,mis u...muahhhhhhhhhhhhh!!

No comments: