Monday, December 10, 2012

DURIAN CREPE

meh la kita berdurian crepe dihujung minggu ni..duyan tgh belambak2 skrg ni...

2 minggu lepas Jue bercrepe lagi..mmg tgh femes dan hot sgt ni..

ni Jue sharekan resepi durian crepe..dgn bantuan encik gugel :)


DURIAN CREPE 
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna kuning

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin


Resepi by: Azlita Masam Manis :)) TQ Kak Ita



**Oh ya..untuk makluman, Jue ada menjual tepung crepe mix yg siap..tinggal bancuh dgn air sahaja..
kalau berminat boleh pm di page facebook Ready Mix-Tepung Kek Segera :))

Thanks 

No comments: