Sunday, February 3, 2013

Kek Marbel Kukus :)


yuhuuu..terlebih rajin sudah..

jom usha resepi..Jue ambik resepi ni dari My Resipi tapi Jue dh menderhaka akan resepi ni..

Jue edit skit bahan2 dia..ikut apa yg ada kt dapur Jue je.. :)

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 200 gm gula kastor
  • 150 gm marjerin
  • 1 sudu ovalette
  • 3 sudu besar penuh susu pekat manis   *blh krgkan :)
  • 150 gm tepung naik sendiri
  • esen vanilla
  • pewarna 

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan gula. Pukul hingga pekat & gebu.
  2. Masukkan marjerin, susu pekat dan ovalette hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanilla diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Pukul hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian.Letakkan perwarna.
  5. Griskan loyang dgn marjerin & lapik dengan baking paper. 
  6. Masukkan 1 sb penuh adunan warna pertama ditengah2 loyang,diikuti 1 sb penuh adunan warna kedua dan akhir sekali 1 sb penuh adunan warna ketiga.Ulang hingga habis.
  7. Tutup loyang dgn aluminium foil / plastic utk mgelakkan air wap mnitis atas kek. Kukus selama 1jam atau hingga masak. 

Jue buat separuh adunan daripada resepi asal..untuk resepi asal sila klik SINI

#TQ utk tuan resepi..testur kek Jue ala2 apam yg gebu+lembut gitu..sbb Jue masukkan ovalette..dh xjd testur kek, tp still rasa kek, cmne tu?hehe..

No comments: